Portal Pencarian Kerja
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Mesra, Membantu, Memuaskan
Maklumat Jawatan Kosong
Sila log masuk untuk memohon jawatan ini.
Jawatan
JURUTEKNIK HASIL
 
Taraf Jawatan
Tetap
 
Jabatan
 
Cawangan
 
Kelayakan Memohon
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Dan;


Sijil dalam bidang Teknologi Maklumat/Aplikasi Perisian Komputer dari institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) awam dari Kolej Komuniti atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ;

Atau;


Sijil dalam bidang Sistem Komputer dan rangkaian dari institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) awam dari Kolej Komuniti atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ;

Atau;


Sijil dalam bidang Rangkaian Komputer dan rangkaian dari institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) awam dari Kolej Komuniti atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 
Kelayakan Tambahan
Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki Diploma dalam bidang teknologi maklumat dan bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan.
 
Kriteria Yang Diperlukan
Berdaya saing, pemikiran kreatif, dinamik serta matang.Bertanggungjawab, proaktif, daya inisiatif yang tinggi dan kemahiran interpersonal yang baik.Kebolehan bekerja secara berkumpulan, kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
 
Bidang Tugas
Ø Membantu melaksanakan tugasan mengenai penyelenggaraan dan pembaikan sistem dan perkakas IT;

Ø Membaikpulih sistem pengoperasian dan perisian dalam komputer;

Ø Membuat pindahan dan pemasangan kepada pengguna;

Ø Membuat semakan dan kemaskini pengurusan rekod bekalan computer dan pencetak;

Ø Membuat semakan dan memastikan peralatan live streaming dan video conference berfungsi
 
Gaji
RM1,734.00  Hingga  RM0.00  
 
Cara Memohon
Ø Permohonan tidak perlu dicetak / dipos ke LHDNM.

Ø Permohonan daripada orang awam dan pegawai LHDNM bertaraf kontrak harian hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL. https://career.hasil.gov.my/

Ø Permohonan daripada calon yang merupakan pegawai LHDNM bertaraf tetap dan kontrak bulanan yang hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL. https://spi.hasil.gov.my/
    
 
Maklumat Temuduga
Nama calon yang berjaya dipanggil menghadiri temu duga akan dimaklumkan di Portal Rasmi LHDNM (ruangan “Kerjaya”). Keputusan adalah muktamad.

Pemohon dinasihatkan sentiasa menyemak Portal Rasmi LHDNM untuk sebarang perkembangan terkini berhubung tawaran jawatan ini. Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, sila emelkan pertanyaan ke alamat: kerjaya@hasil.gov.my
 
 
Nota
Pemohon dikehendaki mendapatkan surat pengiktirafan kelayakan apabila dipanggil temu duga melalui laman:-

https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm
 
 
Tarikh Tutup
26 Nov 2020
 
Muat Turun Iklan