Portal Pencarian Kerja
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Mesra, Membantu, Memuaskan
Maklumat Jawatan Kosong
Sila login untuk memohon jawatan ini.
Jawatan Dipohon
PENOLONG EKSEKUTIF HASIL (PENTADBIRAN)
HGS Jawatan
Bidang Jawatan
Fungsi Jawatan
 
Taraf Jawatan
Tetap
 
Kelayakan Memohon
Ø Memiliki Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

atau;

Ø Sekurang-kurangnya mempunyai Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;

atau:

Ø Sekurang-kurangnya mempunyai Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;

atau;

Ø Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan dan diiktiraf oleh kerajaan bagi yang tidak memiliki kelayakan Diploma, STPM dan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia;

dan;

Ø Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurang-kurangnya 2.50 dan ke atas bagi Diploma/STPM/Sijil Matrikulasi KPM/Ijazah berkenaan bagi pegawai yang telah berkhidmat di LHDNM kurang daripada 10 tahun;

Ø Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurang-kurangnya 2.30 dan ke atas bagi Diploma/STPM/Sijil Matrikulasi KPM/Ijazah berkenaan bagi pegawai yang telah berkhidmat di LHDNM lebih daripada 10 tahun
 
Kelayakan Tambahan
Ø Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia berumur dalam lingkungan tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 50 tahun pada tarikh tutup iklan.

Ø Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Ø Pegawai LHDNM yang sedang berkhidmat yang bertaraf tetap layak dipertimbangkan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan:

a) Mempunyai kelayakan minimum seperti di atas; dan

b) Telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun selepas disahkan dalam jawatan sekarang.

Ø Permohonan hanya dibuka secara dalaman kepada pegawai LHDNM bertaraf tetap, kontrak bulanan dan kontrak harian.
 
Kriteria Yang Diperlukan
Berdaya saing, pemikiran kreatif, dinamik serta matang.Bertanggungjawab, proaktif, daya inisiatif yang tinggi dan kemahiran interpersonal yang baik.Kebolehan bekerja secara berkumpulan, kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
 
Bidang Tugas
Ø Melaksanakan pelan strategik sumber manusia, pembangunan inisiatif baharu tadbir urus insan, pengurusan sumber manusia, reka bentuk kerja, struktur organisasi, skim perkhidmatan, kajian kepuasan pekerja dan pelaksanaan budaya korporat;

Ø Melaksanakan urusan pemerolehan bakat, program pemilihan bakat, penggantian, kenaikan pangkat dan pelan kerjaya pegawai;

Ø Melaksanakan fungsi Gaji dan Elaun, Kemudahan dan Perubatan serta fungsi Perkhidmatan dan Peperiksaan;

Ø Melaksanakan fungsi khidmat pengurusan merangkumi urusan pasca perkhidmatan dan pemisah, tatatertib, Sistem Pengurusan Insan (SPI) dan urusan pengiktirafan dan hubungan pekerja;

Ø Melaksanakan pengurusan prestasi, program pembangunan bakat pekerja serta program psikologi pekerja;
 
Gaji
RM2528.00 Hingga RM0.00
 
Maklumat Temuduga
Ø Calon yang berjaya dipanggil menghadiri temu duga akan dimaklumkan melalui email. Keputusan adalah muktamad.

Ø Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, sila emelkan pertanyaan ke alamat: kerjaya@hasil.gov.my
 
Nota
Pemohon dikehendaki mendapatkan surat pengiktirafan kelayakan melalui laman:-

https://www2.mqa.gov.my/esisraf/
 
Tarikh Tutup
09/06/2017