Sila login untuk memohon jawatan ini.
|
|
Jawatan Dipohon
|
|
PENOLONG EKSEKUTIF HASIL (PENAKSIRAN) NE8
|
|
HGS Jawatan
|
|
NE8
|
|
Bidang Jawatan
|
|
PENAKSIRAN
|
|
Fungsi Jawatan
|
|
PENAKSIRAN
|
| |
|
Taraf Jawatan
|
|
Tetap
|
| |
|
Kelayakan Memohon
|
Penolong Eksekutif Hasil (Pentadbiran), Penolong Eksekutif Hasil (Pentadbiran) Fungsi Kesetiausahaan, Penolong Eksekutif Hasil (Pentadbiran) Fungsi Keselamatan
Ø
Memiliki Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
atau;
Ø
Sekurang-kurangnya mempunyai Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;
atau:
Ø
Sekurang-kurangnya mempunyai Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;
atau;
Ø
Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan dan diiktiraf oleh kerajaan bagi yang tidak memiliki kelayakan Diploma, STPM dan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia;
dan;
Ø
Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurang-kurangnya 2.50 dan ke atas bagi Diploma/STPM/Sijil Matrikulasi KPM/Ijazah berkenaan bagi pegawai yang telah berkhidmat di LHDNM kurang daripada 10 tahun;
Ø
Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurang-kurangnya 2.30 dan ke atas bagi Diploma/STPM/Sijil Matrikulasi KPM/Ijazah berkenaan bagi pegawai yang telah berkhidmat di LHDNM lebih daripada 10 tahun
Penolong Eksekutif Hasil (Teknologi Maklumat)
Ø
Memiliki Diploma dalam bidang Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
atau;
Ø
Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Maklumat dan diiktiraf oleh kerajaan bagi yang tidak memiliki kelayakan Diploma, STPM dan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia;
dan:
Ø
Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurang-kurangnya 2.50 dan ke atas bagi Diploma/Ijazah berkenaan bagi pegawai yang telah berkhidmat di LHDNM kurang daripada 10 tahun;
Ø
Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurang-kurangnya 2.30 dan ke atas bagi Diploma /Ijazah berkenaan bagi pegawai yang telah berkhidmat di LHDNM lebih daripada 10 tahun;
Penolong Eksekutif Hasil (Perakaunan)
Ø
Memiliki Diploma dalam bidang Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
atau;
Ø
Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dan diiktiraf oleh kerajaan bagi yang tidak memiliki kelayakan Diploma, STPM dan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia;
dan;
Ø
Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurang-kurangnya 2.50 dan ke atas bagi Diploma/Ijazah berkenaan bagi pegawai yang telah berkhidmat di LHDNM kurang daripada 10 tahun;
Ø Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurang-kurangnya 2.30 dan ke atas bagi Diploma /Ijazah berkenaan bagi pegawai yang telah berkhidmat di LHDNM lebih daripada 10 tahun;
Penolong Eksekutif Hasil (Kejuruteraan)
Ø
Memiliki Diploma dalam bidang Kejuruteraan / Ukur Bahan / Ukur Bangunan / Ukur Tanah yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
atau;
Ø
Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan / Ukur Bahan / Ukur Bangunan / Ukur Tanah yang diiktiraf oleh kerajaan bagi yang tidak memiliki kelayakan Diploma, STPM dan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia;
dan;
Ø
Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurang-kurangnya 2.50 dan ke atas bagi Diploma/Ijazah berkenaan bagi pegawai yang telah berkhidmat di LHDNM kurang daripada 10 tahun;
Ø Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurang-kurangnya 2.30 dan ke atas bagi Diploma /Ijazah berkenaan bagi pegawai yang telah berkhidmat di LHDNM lebih daripada 10 tahun;
|
| |
|
Kelayakan Tambahan
|
Ø
Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia berumur dalam lingkungan tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 50 tahun pada tarikh tutup iklan.
Ø
Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Ø
Pegawai LHDNM yang sedang berkhidmat yang bertaraf tetap layak dipertimbangkan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan:
a) Mempunyai kelayakan minimum seperti di atas; dan
b) Telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun selepas disahkan dalam jawatan sekarang.
Ø
Bagi calon yang memohon jawatan : Penolong Eksekutif Hasil (Pentadbiran) fungsi Keselamatan perlu memenuhi syarat berikut :
Calon perlu memiliki ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
* Ketinggian – Sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
* Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
* Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
* Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
* Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
* Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
* Tidak cacat anggota tubuh badan.
* Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
Ø
Permohonan hanya dibuka secara dalaman kepada pegawai LHDNM bertaraf tetap, kontrak bulanan dan kontrak harian.
|
| |
|
Kriteria Yang Diperlukan
|
|
Berdaya saing, pemikiran kreatif, dinamik serta matang.Bertanggungjawab, proaktif, daya inisiatif yang tinggi dan kemahiran interpersonal yang baik.Kebolehan bekerja secara berkumpulan, kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
|
| |
|
Bidang Tugas
|
Penolong Eksekutif Hasil (Pentadbiran)
Ø Melaksanakan pelan strategik sumber manusia, pembangunan inisiatif baharu tadbir urus insan, pengurusan sumber manusia, reka bentuk kerja, struktur organisasi, skim perkhidmatan, kajian kepuasan pekerja dan pelaksanaan budaya korporat;
Ø
Melaksanakan urusan pemerolehan bakat, program pemilihan bakat, penggantian, kenaikan pangkat dan pelan kerjaya pegawai;
Ø
Melaksanakan fungsi Gaji dan Elaun, Kemudahan dan Perubatan serta fungsi Perkhidmatan dan Peperiksaan;
Ø
Melaksanakan fungsi khidmat pengurusan merangkumi urusan pasca perkhidmatan dan pemisah, tatatertib, Sistem Pengurusan Insan (SPI) dan urusan pengiktirafan dan hubungan pekerja;
Ø
Melaksanakan pengurusan prestasi, program pembangunan bakat pekerja serta program psikologi pekerja;
Penolong Eksekutif Hasil (Pentadbiran) Fungsi Kesetiausahaan
Ø
Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan membantu Pengarah;
Ø
Menyedia dan merekod surat menyurat / fail masuk dan keluar;
Ø
Mengumpul,menyelaras, dan mengemukakan maklumbalas kepada urusetia;
Ø
Mengendalikan segala panggilan telefon yang diterima setiap hari, menyaring panggilan telefon pelanggan, menangani segala pertanyaan dan pesanan dengan baik;
Ø
Mengurus permohonan ID dan Internet Cawangan dan membantu pengarah dalam urusan prestasi pegawai di Jabatan/Pejabat Pengarah Negeri /Cawangan / Cawangan Siasatan;
Ø
Memberikan khidmat sokongan dalam semua aktiviti yang dijalankan oleh LHDNM dan Jabatan;
Ø
Membantu Admin Care Officer menguruskan urusan pentadbiran di Jabatan/Pejabat Pengarah Negeri/ Cawangan/ Cawangan Siasatan.
Penolong Eksekutif Hasil (Teknologi Maklumat)
Ø
Membantu dalam pelaksanaan tugas-tugas pembangunan dan penyelengaraan sistem dan aplikasi automasi pejabat;
Ø
Membantu melaksanakan aktiviti aplikasi data warehouse;
Ø
Membantu dalam pelaksanaan perancangan strategik dan informasi;
Ø
Menjalankan pembangunan, penyelenggaraan sistem dan pengurusan pengoperasian teknikal;
Ø
Membantu menyelenggara sistem dibawah pengurusan aplikasi mainframe serta melaporkan keadaan semasa sistem;
Ø
Menyokong operasi pembangunan dan penyelenggaraan sistem dan aplikasi e –Services;
Ø
Membantu melaksanakan aktiviti infrastruktur keselamatan ICT.
Penolong Eksekutif Hasil (Perakaunan)
Ø
Membantu melaksanakan prosedur penggubalan dasar dan polisi kewangan.
Ø
Membantu melaksanakan operasi kewangan yang merangkumi pengurusan bayaran perolehan dan emolumen;
Ø
Membantu melaksanakan urusan yang merangkumi pengurusan pelaporan kewangan dan perakaunan;
Ø
Membantu pelaksanaan kajian dan penyelidikan ke atas penambahbaikan pengurusan kewangan;
Ø
Membantu pelaksanaan perancangan penilaian projek dan perbelanjaan;
Ø
Membantu dalam pelaksanaan pengurusan aplikasi kewangan.
Penolong Eksekutif Hasil (Kejuruteraan)
Ø
Melaksanakan tugasan dalam urusan ukur bahan / kontrak;
Ø
Membantu mengurus dan menyelaras projek-projek pembangunan;
Ø
Melaksanakan tugasan dalam urusan projek koordinasi;
Ø
Melaksanakan tugasan dalam urusan penyelenggaraan berjadual;
Ø
Melaksanakan tugasan mengenai kerja-kerja pembaikan, naik taraf dan pengubahsuaian bangunan;
Ø
Menjalankan pemeriksaan berkala ke atas bangunan;
Ø
Melaksanakan tugasan pemantauan kejuruteraan.
Penolong Eksekutif Hasil (Pentadbiran) Fungsi Keselamatan
Ø Membantu dalam pelaksanaan dan pengurusan operasi kawalan Ibu Pejabat, Negeri dan Cawangan;
Ø
Membantu melaksanakan penyusunan operasi kawalan;
Ø
Memastikan tugas pengawalan keselamatan dijalankan secara efektif dan berlandaskan dasar dan arahan;
Ø
Membantu urusan latihan pasukan keselamatan, urusan mengiring dan persenjataan;
Ø
Membantu merancang dan menyediakan data serta bahan latihan bagi semua kursus latihan keselamatan;
Ø
Bertanggungjawab dalam urusan pergerakan dan pengambilan penghantaran wang;
Ø
Membantu melaksanakan urusan hal ehwal persenjataan.
|
| |
|
Gaji
|
|
RM2528.00
Hingga
RM0.00
|
| |
|
Maklumat Temuduga
|
Ø Calon yang berjaya dipanggil menghadiri temu duga akan dimaklumkan melalui email. Keputusan adalah muktamad.
Ø
Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, sila emelkan pertanyaan ke alamat: kerjaya@hasil.gov.my
|
| |
|
Nota
|
Pemohon dikehendaki mendapatkan surat pengiktirafan kelayakan melalui laman:-
https://www2.mqa.gov.my/esisraf/
|
| |
|
Tarikh Tutup
|
|
28/08/2020
|
| |
|
|
|