Portal Pencarian Kerja
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Mesra, Membantu, Memuaskan
Maklumat Jawatan Kosong
Sila login untuk memohon jawatan ini.
Jawatan Dipohon
PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PENAKSIRAN) GRED 31
HGS Jawatan
Bidang Jawatan
Fungsi Jawatan
 
Taraf Jawatan
Tetap
 
Kelayakan Memohon
Memiliki Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurang-kurangnya 2.70 dan ke atas bagi Diploma berkenaan.
 
Kelayakan Tambahan
Ø Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia yang berumur dalam lingkungan tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 50 tahun pada tarikh tutup iklan.

Ø Pemohon perlu memiliki Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Ø Pegawai LHDNM yang sedang berkhidmat secara tetap adalah layak dipertimbangkan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

            • Mempunyai kelayakan akademik minimum seperti di atas; dan
            • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun selepas disahkan dalam perkhidmatan jawatan sekarang.

Ø Permohonan terbuka kepada orang awam serta pegawai LHDNM bertaraf tetap, kontrak bergaji bulanan dan kontrak bergaji harian.
 
Kriteria Yang Diperlukan
Berdaya saing, pemikiran kreatif, dinamik serta matang.Bertanggungjawab, proaktif, daya inisiatif yang tinggi dan kemahiran interpersonal yang baik.Kebolehan bekerja secara berkumpulan, kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
 
Bidang Tugas
Ø Melaksanakan fungsi audit cukai melibatkan audit meja dan hal ehwal berkaitan;

Ø Melaksanakan fungsi hal ehwal pungutan dan operasi pungutan percukaian merangkumi pengurangan tunggakan, tindakan pungutan dan bayaran balik;

Ø Melaksanakan tugas berkaitan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan Duti Setem berdasarkan arahan/ peraturan berkuat kuasa;

Ø Melaksanakan tugas Khidmat Pelanggan merangkumi operasi balas, hubungan awam / korporat, khidmat nasihat percukaian dan pendidikan berkaitan percukaian;

Ø Melaksanakan fungsi Undang-Undang berkaitan percukaian;

Ø Melaksanakan fungsi profiling dan fungsi siasatan sivil.
 
Gaji
RM2528.00 Hingga RM0.00
 
Maklumat Temuduga
Ø Nama calon yang berjaya dipanggil menghadiri temu duga akan dimaklumkan di Portal Rasmi LHDNM (ruangan “Kerjaya”). Keputusan adalah muktamad.

Ø Calon yang tidak dihubungi dalam tempoh 45 hari daripada tarikh tutup iklan, adalah dianggap tidak berjaya.

Ø Pemohon dinasihatkan sentiasa menyemak Portal Rasmi LHDNM untuk sebarang perkembangan terkini berhubung tawaran jawatan ini. Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, sila emelkan pertanyaan ke alamat: kerjaya@hasil.gov.my
 
Nota
Pemohon dikehendaki mendapatkan surat pengiktirafan kelayakan melalui laman:-

https://www2.mqa.gov.my/esisraf/
 
Tarikh Tutup
14/02/2017