Portal Pencarian Kerja
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Mesra, Membantu, Memuaskan
Maklumat Jawatan Kosong
Sila login untuk memohon jawatan ini.
Jawatan Dipohon
PEMBANTU TADBIR (PENAKSIRAN) GRED 21
HGS Jawatan
Bidang Jawatan
Fungsi Jawatan
 
Taraf Jawatan
Tetap
 
Kelayakan Memohon

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 
Kelayakan Tambahan

 

Ø Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia yang berumur dalam lingkungan tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

 

 

Ø Pemohon perlu memiliki Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

 

Ø Pegawai LHDNM yang sedang berkhidmat secara tetap adalah layak dipertimbangkan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

  • Mempunyai kelayakan akademik minimum seperti di atas; dan
  • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun selepas disahkan dalam perkhidmatan jawatan sekarang.

 

Ø Permohonan hanya dibuka untuk calon bertaraf tetap, kontrak bergaji bulanan dan kontrak bergaji harian di LHDNM sahaja.

 

 
Kriteria Yang Diperlukan
Berdaya saing, pemikiran kreatif, dinamik serta matang.Bertanggungjawab, proaktif, daya inisiatif yang tinggi dan kemahiran interpersonal yang baik.Kebolehan bekerja secara berkumpulan, kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
 
Bidang Tugas

Fungsi Perkeranian

  • Mengendalikan urusan buku perkhidmatan dalam merekodkan perubahan dan pertambahan maklumat  perkhidmatan dan rekod cuti pegawai;
  • Mengurus dan mengemas kini fail-fail am pentadbiran dan kewangan;
  • Mengemas kini maklumat pegawai dalam Sistem Maklumat Sumber Manusia dan statistik perjawatan bulanan;
  • Membantu dalam semua hal ehwal latihan, pembayaran gaji, elaun, tuntutan perbelanjaan, baucar bayaran dan urusan inventori dan aset jabatan; dan
  • Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.

 

Fungsi Penaksiran

  • Mendaftar dan menyelenggarakan fail Cukai Pendapatan dan menyemak indeks ke atas pelbagai dokumen yang diterima;
  • Memberi khidmat nasihat kepada pembayar cukai di kaunter atau melalui telefon;
  • Membantu operasi Banci Bisnes dalam lawatan ke premis-premis perniagaan;
  • Membantu mengeluarkan bil kompaun dan daftar kes saman; dan
  • Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.

 

 
Gaji
RM1734.00 Hingga RM0.00
 
Maklumat Temuduga

Nama calon yang berjaya dipanggil menghadiri temu duga akan dimaklumkan di Portal Rasmi LHDNM (ruangan “Kerjaya”). Keputusan adalah muktamad.

 

Calon yang tidak dihubungi dalam tempoh 45 hari daripada tarikh tutup iklan, adalah dianggap tidak berjaya.

 

Pemohon dinasihatkan sentiasa menyemak Portal Rasmi LHDNM untuk sebarang perkembangan terkini berhubung tawaran jawatan ini. Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, sila emelkan pertanyaan ke alamat: kerjaya@hasil.gov.my

 



 
Nota

Pemohon dikehendaki mendapatkan surat pengiktirafan kelayakan melalui laman:-

http://www2.mqa.gov.my/mqr/
 
Tarikh Tutup
14/02/2017